
MOTIVASI POTENSI DIRI
(smef)
(Spiritual, Minda, Emosi, Fizikal)
Membangunkan 100% Potensi Diri & Kecemerlangan Insan.
Bersama
Tuan Haji Mohd Arif bin Haji Mohd Noor
Tarikh: 25 dan 26 Disember 2006
Masa : 08.00 pagi sehingga 04.00 petang
Tempat: Dewan Kuliah, Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Yuran : RM200.00 ( termasuk nota dan makan)
Tarikh tutup pendaftaran : 24 Disember 06 jam 04.00 petang
Tel: 019 3800543. 03 87348917.
Muqaddimah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Salawat dan Salam kepada nabi Muhammad pesuruh Allah, sekelian sahabat dan tabi`in seterusnya kepada mereka yang mengikuti hidayahnya hingga hari pembalasan.
Allah yang Maha Mengetahui telah melantik manusia untuk menjadi khalifah-Nya di muka bumi ini setelah Adam dan Hawa bersenang linang hidup seketika di Syurga yang tidak memerlukan penat jerih untuk memandu kehidupan.
Dunia adalah tempat manusia beramal. Dunia tempat manusia diuji. Tugas khalifah adalah tugas perhambaan sebenar yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia selagi mereka menetap di dunia ini.
Untuk itu manusia telah dibekalkan dengan asas-asas kerohanian atau spiritual, minda, emosi dan fizikal.
Inilah potensi diri yang telah dibekalkan Allah kepada manusia yang perlu diarah dan dikembangkan secara maksima supaya manusia mampu melaksanakan peranannya dengan sebenar dan seimbang.
Kejayaan insan dalam mengharungi hidup ini amat bergantung kepada sejauhmana mereka menggunakan potensi diri ini dengan sempurna dengan memulakan langkah yang betul dalam hidup ini.
Langkah pertama ialah mengetahui potensi-potensi ini atau dengan kata lain memahami diri sendiri; kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sama ada dalaman atau luaran.
Langkah kedua ialah mengetahui apakah objektif hidup manusia yang telah digariskan oleh Allah.
Langkah ketiga ialah memahami bagaimana potensi diri yang telah disediakan oleh Allah dalam diri manusia ini boleh dikembangkan dan dibina secara maksima.
Langkah keempat mengenali kelemahan diri untuk diperbaiki, mengenali musuh perangkap dan senjatanya.
Langkah kelima membina asas-asas kakuatan diri sebagai seorang remaja, pelajar dan manusia yang jelas matlamat hidup, memiliki sikap yang cemerlang, berkeyakinan tinggi, berani, peka, bijak mengatur strategi pembelajaran dan hidup yang bermotivasi.
Formula SMEF (Spiritual, Minda, Emosi, Fizikal)
Formula ini digunakan dalam program ini untuk membagngunkan potensi pelajar sehingga 100% bagi melahirkan kejayaan yang luar biasa. Orang biasa boleh menjadi luarbiasa dengan usaha yang luarbiasa apatah lagi jika usaha yang luarbiasa diasaskan di atas asas yang betul.
Objektif Program
- Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan hidup bermatlamat dan berfokus dalam mencapai kejayaan.
- Mencanang minda pelajar tentang perlunya perubahan sikap demi mencapai kejayaan yang hakiki.
- Membangunkan 100% potensi sebenar diri pelajar ke arah kecemerlangan diri dalam semua sudut; spiritual, minda emosi dan fizikal.
- Mewujudkan keperibadian yang unggul, keyakinan diri yang tinggi, pandai mencari peluang, menanamkan ciri-ciri kepimpinan yang mantap dan berani menghadapi segala cabaran hidup.
- Melahirkan pelajar yang berkemahiran tinggi dan tahu mengatur strategi pembelajaran yang berkesan melalui Strategi Pembelajaran Efektif (SPE).
Profile Motivator Anda.
Tuan Haji Mohd Arif bin Haji Mohd Noor.
Lulusan Universiti Utara Malaysia dalam Pengajian Pengurusan Awam dengan Ijazah Kepujian.
Pengarah Urusan QSI Bookstore, Suria Edaran Utara.
Ahli Lembaga Pengarah Northern Consultant & Training Development (NCTD).
Organisasi yang telah menggunakan khidmat beliau:
UUM, Kolej Polytech Mara, ITTAR, FELDA dan beberapa sekolah di Malaysia.